Kerjaya antarabangsa Alex Meret

Meret merupakan tonggak utama bagi pasukan bawah-19 Itali yang menjadi naib juara dalam Kejohanan Eropah Bawah-19 2016. Beliau telah diletakkan ke dalam Pasukan Terbaik Kejohanan.[11][12]

Pada Mac 2017, selepas mempamerkan aksi yang cemerlang bersama SPAL di Serie B, beliau telah dipanggil oleh pasukan kebangsaan Itali untuk menghadapi kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Albania dan perlawanan persahabatan menentang Belanda.[13]

Pada 22 Mac 2018, beliau telah melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan bawah-21 Itali menentang Norway dalam satu perlawanan persahabatan.[14] Beliau telah mewakili pasukan itu ke Kejohanan Eropah Bawah-21 2019[15] sebagai penjaga gol Itali yang utama.

Rujukan

WikiPedia: Alex Meret http://global.espn.com/football/soccer-transfers/s... http://kwese.espn.com/football/report?gameId=45725... http://it.eurosport.com/calcio/la-juventus-segue-d... http://www.goal.com/it/notizie/calciomercato-spal-... http://www.uefa.com/under19/season=2016/technical-... http://www.calcionapoli24.it/napoli/alex-meret-por... http://www.figc.it/en/10/1985/HpSezione.shtml http://www.ilrestodelcarlino.it/ferrara/spal-meret... http://www.legaseriea.it/it/giocatori/wd/XXNLW http://www.football-italia.net/102525/serie-b-spal...